14 Februari 2011

Mencari Kata

Mana pergi nya kata
Berbunga kencana biru
Yang selalu menjengah mata
Bermain di birai jiwa..

Lewat kebelakangan ini
Andai ada yang meronta ..
Menjerit pekik mahu bergema
Mencakar kertas namun tidak terbukti
Entah mengapa ..

Jauh menyasar pemergian jari
Tidak mampu mencari kata jelma
Atau sebenarnya..

Aku telah tenggelam tanpa punca
Mungkin mati segala tarian kosa
Yang selalu bangkit menampung
Monolog hati..

Atau mungkin jua
Monolog sendiri ku bisu
Lalu di biar sahaja..
Lemas mencari kata.

0 komentar:

Posting Komentar

Jangan lupa ya sob tinggalkan koment,,,

EnglishFrenchGermanSpainItalianDutchRussianPortugueseJapaneseKoreanArabicChinese Simplified